Main dengan saya

Tuesday, February 2, 2010

Apsal blaja x penah masok and susah sgt nak ingat??

Ni ade la skit petua utk korg sume..blh kite sme2 kongsikan..sume org takot dgn penyakit lupe...bhya wo...silap2 umah pon x knal, mampuih...so kalo sonang2 bc la ye..

Penyakit Lupa Antara penyebabnya adalah: -

- Makan kepala ikan
- Organ dalaman binatang seperti hati. Limpa, jantung, perut dan
yangseumpamanya melainkan atas nasihat doktor untuk keperluan kesihatan.
- Makan Makanan yang tercemar oleh semut kerana semut dipercayai mengandungi sejenis
kimia yang menyebabkan daya ingatan menjadi lemah.
- Jangan makan berlebihan (makan semasa lapar berhenti sebelum kenyang).
- Jangan minum air antara suapan makan. Maksudnya, jangan minum sebelum anda selesai
makan.

Selain daripada itu, elakkan sukan yang boleh menyebabkan gegaran yang kuat kepala seperti tinju, gusti dan sebagainya. Pergaduhan / berkelahi sesama sendiri dengan memukul kepala juga boleh menyebabkan penyakit lupa. Gegaran di kepala yang kuat dan terlalu kerap akan mengakibatkankadar sejenis
bahan kimia yang dipanggil 'dopamin'akan berkurangan di dalam
sel-sel otak. Lalu mengakibatkan daya ingatan yang lemah dan otot-otot yang kurang bermaya.


Rahsia Menguatkan Daya Ingatan:-

Untuk menguatkan daya ingatan,dengan rahmat dan sayang Allah SWT, kita dikurniakan makanan yang baik dan dapat menguatkan sistem saraf kita. Diantara jenis makanan yang boleh meningkatkan fungsi ingatan
adalah:

- Buah anggur hitam
- Madu lebah
- Halia
- Buah badam
- Susu
- Air zam zam
- Kismis
- Jus karot & madu
- Epal
- Kurma
- Ikan tuna
- Tempe
- Air soya

Itu hanyalah sebahagaian daripada makanan yang boleh meningkatkan daya ingatan manusia. Selain daripada itu, oksigen juga amat penting untuk merangsangotak supaya sentiasa cergas dan cerdas. Satu teknik mengawal pernafasan yang amat
baik diamalkan adalah dengan menarik nafas sebanyak 7 kiraan, kemudian tahan nafas sebanyak 14 kiraan. Ulang selalu terutama sewaktu keletihan. Keterang-keterangan di atas hanyalah sebahagian kecil drpd cara-cara meningkatkan keupayaan ingatan/otak. Yang paling penting ialah ingat Allah SWT selalu. Daya ingatan akan bertambah kukuh sekiranya tidak sesaat un kita lupa kepada-NYA. Amalan berpuasa sunat juga baik kerana puasa juga boleh menajamkan minda. Disamping itu latihkan diri berzikir seperti berikut: -

1) Ya Rahman (Maha Pemurah) 100x selepas solat fardhu.
2) Ya Hakim (Maha Bijaksana) 300x setiap hari.

Insyallah jika selalu mengamalkannya, daya ingatan semakan kukuh dan mudah menerima ilmu dan mengingatinya.

No comments:

Post a Comment